Info Solat

Wednesday, June 2, 2010

Pameran Hantu

Bagaimana hukum membuat pameran hantu?

Kuliah oleh Prof.Ust Haron Din
Muat turun disini

Menuntut ilmu kena berguru?

Bagaimanakah yang dikatakan menuntut ilmu berguru?
Apa akibat jika tidak melalui guru?

Kuliah oleh Prof.Ust.Haron Din
Muat turun kuliah disini.

Rasuah/Duit Kopi

Apakah yang anda faham tentang rasuah?
Adakah sama rasuah dan duit kopi?

Dengarkan kuliah oleh Prof.Ust Haron Din
Muat turun disini.

Kesan Sujud didahi

Bagaimanakah yang dikatakan kesan sujud didahi?
Siapakah mereka itu?

Kuliah oleh Prof.Ust.Haron Din
Muat Turun disini.

Suara Wanita

Sejauh mana suara wanita dikatakan wanita?
Apakah haram suara wanita diperdengarkan kepada semua orang?

Dengarkan kuliah dari Prof.Ust Haron Din, muat turun disini.

Sedekah Atau Hadiah untuk simati

Sampaikah sedekah atau hadiah yang diniatkan untuk simati?
Adakah cara untuk sampaikan?

Dengarkan kuliah oleh Prof.Ust Haron Din,muat turun disini

Solat Jamak

Apakah boleh solat jamak dilakukan dirumah sebelum bermusafir?

Muat turun kuliah disini , kuliah oleh Prof Ust.Haron Din

Hukum Isteri Menziarahi Ibubapa

Sejauh mana isteri boleh menziarahi ibubapa?
Apakah hukumnya?

Saksikan kuliah,muat turun disini

Kuliah oleh Prof.Ust Haron Din

Doa Elak Bala/Bencana

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
( Doa yang disyorkan oleh Prof.Ust Haron Din untuk elak penyakit H1N1)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar


Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;




* Merupakan ayat ke 7 dari bismillah 7

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;


1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.



Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan


Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.



Terhindar Daripada Sihir


Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.


Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.



Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

Sumber Rujukan dari Laman web darulsyifa

Surah Al Baqarah Ayat 255 ( Ayat Kursi )


Ayat Kursi

Surah Al Imran Ayat 14

Surah AlBaqarah 1-5

Surah Tohaa 1-7

Surah Alfatihah

Tuesday, June 1, 2010

Hukuman Mati - Al-Baqarah 178-179

Hukuman bunuh yang berlaku dimuka bumi dan hukumnya.
Bagaimana hukuman?
Siapakah yang perlu dihukum?
Bagaimana hak ahli keluarga yang dibunuh?

Rujuk surah al baqarah 178-179


Muat turun kuliah disini.

Sembunyi hukum Allah swt

Kisah tentang Yahudi yang selalu ingin menjatuhkan Rasullullah s.a.w, nak uji nabi saw.
Budaya manusia akhir zaman walaupun hukum Allah swt didalam quran,mereka tetap menolak.
Perbezaan antara hukum Allah swt dan hukum buatan manusia.


Muat turun disini. ( bodo sokmo)

Ujian Allah s.w.t

Tentang ujian/bala yang diberikan Allah swt kepada hambanya...
Sedikit penerangan tentang solat ketika sakit.

Muat turun disini.

Cakap Lain Buat Lain

Kuliah tentang kepimpinan,salah kefahaman tentang hukum Allah,Islam.

Umpama cakap lain,buat lain

Muat turun disini (angin merah)

Islam Palsu(Penyamaran)

Bagaimanakah yang dikatakan Islam palsu? Siapa mereka atau siapakah dikalangan mereka?
Adakah kita termasuk dalam golongan ini?

Saksikan kuliah ini,muat turun disini.

Destinasi Terakhir

Kuliah tentang hal perempuan dgn suami,qada dan qadar.

Klik disini untuk muat turun.

Bekalan Mati

Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan mati?
Bekalan apakh yang boleh dibawa mati?

Klik disini untuk muat turun.

Baiki Agama

Siapakah yang dikatakan baiki agama?
Siapakah yang dikatakan meruntuhkan agama?


Saksikan kuliah ini,muat turun disini

Berpakaian tetapi telanjang

Bagaimanakah yang dikatakan berpakaian tetapi telanjang.
Siapakah yang menanggung dosa?

Saksikan kuliah ini,muat turun disini.

Perjalanan hidup hingga ke kematian

Sejauh mana hebatnya manusia didunia,adakah sehebat di akhirat?
Bagaimanakah bekalan yang dibawa ke akhirat?

Saksikan kuliah ini,muat turun disini